Thursday, January 1, 2009
Palestin
Sedih, marah dan geram...Itulah perkataan yang paling tepat untuk mengambarkan perasaan apabila mendengar berita Gaza wilayah autonomi Palestin diserang bertubi-tubi oleh askar Zionis...lebih sedih, marah dan geram lagi melihat peluru-peluru dari senapang, helikopter, kereta kebal dan jet pejuang Israel membunuh kanak-kanak Palestin yang tak berdosa, wanita tua yang tak berdaya...sudah lebih satu generasi rakyat palestin tidak merasai nikmat keamanan sepenuhnya....Melihat tanahair kita yang tercinta ini...tidak salah rasanya kita menadah tangan kepadaNya sebagai tanda kesyukuran dan permintaan agar keamanan ini dapat diteruskan...segala pertikaian antara kita harus diselesaikan secara berhikmah...jangan digadai apa yang kita kecapi ini hanya kerana kepentingan diri...Marilah kita sama-sama hidup aman dan memenuhi segala potensi yang tuhan kurniakan...Dan dalam doa saya memohon agar rakyat Palestin mendapat pembelaan yang sewajarnya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment